Bagi anda yang bakal menjadi pengantin, anda akan menempuh satu proses yang nampaknya susah tetapi sebenarnya tidaklah susah sangat – iaitu “proses memohon kebenaran nikah” atau pun “prosedur perkahwinan”.
Menurut mana-mana PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) bakal pengantin boleh membuat permohonan berkahwin seawal-awal 90 hari atau selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh akad nikah.
Meski pun begitu, saya berpendapat – janganlah tunggu sehingga 90 hari tiba. Ambil langkah-langkah memohon kebenaran kahwin anda lebih awal.
Ini kerana, kita tidak dapat menduga sekiranya berlakunya halangan-halangan terhadap proses permohonan anda – sekiranya ada pihak bakal pengantin perempuan – seperti kehilangan surat nikah ibu bapa, susah nak hubungi wali, wali enggan atau perkara-perkara seumpamanya.
Oleh itu, sekiranya ini berlaku, bakal pengantin masih ada masa yang lebih panjang dalam masa menuju ke tarikh majlis akad nikah anda.
Jadi, apabila anda dan pasangan sudah ada tarikh cadangan akad nikah, usahlah berlengah-lengah membuat persediaan perkahwinan anda.
Jadikan proses prosedur perkahwinan ini sebagai “top priority” terlebih dahulu berbanding dengan perkara-perkara lain.
Jika ini dapat dilakukan – anda tidak akan stress, tertekan atau kelam-kabut nanti.
Apakah Perkara Prosedur Perkahwinan Yang Anda Dan Pasangan Perlu Pastikan Terlebih Dahulu?
1.Pihak lelaki pastikan alamat permohonan mana yang nak digunakan – sama ada alamat tempat anda menetap (tinggal) sekarang dan atau alamat pada IC anda. Anda boleh pilih.
2.Pihak perempuan juga pastikan alamat mana yang anda nak gunakan – sama ada alamat tempat anda menetap (tinggal) sekarang dan atau alamat pada IC anda. Anda boleh pilih.
Nota penting – ramai pemohon belum tahu bahawa pemohon boleh memohon melalui PAID atau Jabatan Agama Islam di negeri tempat pemohon menetap (tinggal sekarang) walau pun pemohon berasal dari negeri lain, alamat IC negeri lain ataupun no. IC negeri lain.
3.Pihak perempuan pastikan siapa walinya dan di mana wali berada sekarang.
Pastikan terlebih dahulu siapa wali anda.
Ini amat penting untuk melancarkan proses permohonan anda.
Kalau berlaku kes anak tak sah taraf, wali enggan atau wali hilang tanpa berita – anda perlu buat permohonan wali hakim di PAID atau Jabatan Agama Islam dan seterusnya ke Mahkamah Syariah.
Apabila pihak perempuan nak buat permohonan kebenaran berkahwin di mana-mana negeri, pemohon perempuan mesti hadir bersama wali dan 2 saksi (kecuali di W.Persekutuan tak perlukan saksi – bukan saksi akad nikah) di depan Imam Jurunikah kariah di kariah masjidnya untuk buat pengesahan borang serta dokumen sokongan terlebih dahulu.
Pemilihan alamat permohonan pihak perempuan akan menentukan pergerakan wali.
Nota penting – pada waktu PKP/PKPB/PKPP ini, mohon bertanya dulu dengan Imam Jurunikah kariah kalau-kalau ada kelonggaran tak bawa saksi.
4. Pastikan alamat mana anda dan pasangan nak buat akad nikah.
5. Sekiranya anda dan pasangan menetap di kariah yang sama, anda dan pasangan boleh buat permohonan kebenaran nikah bersama.
6. Sekiranya anda dan pasangan menetap di kariah atau daerah atau negeri yang berlainan, pihak lelaki mesti dapatkan surat kelulusan nikah terlebih dahulu sebelum pihak perempuan dapat jumpa Imam Jurunikah kariah di kariah masjidnya untuk buat pengesahan borang serta dokumen sokongan.
4-3 Bulan Sebelum Tarikh Akad Nikah
1.Masuk kursus kahwin dan dapatkan sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin tiada expiry date dan boleh digunakan untuk seluruh Malaysia (nota – kecuali Pahang yang mana sijil kursus kahwin Pahang valid 3 bulan sahaja).
2.Dalam kursus kahwin – contohnya kursus kahwin bersemuka KL (seperti di Danau Kota, www.kursuskahwin.net atau , seperti di Batu Caves, www.kursuskahwinmanjalara.com) – prosedur memohon kelulusan perkahwinan dan penggunaan sistem permohonan online akan diterangkan kepada para peserta atau bakal pengantin.
3. Untuk kursus kahwin online – pada masa ini Jabatan Agama Islam Negeri Sabah/Kedah/Terengganu menetapkan bahawa sijil kursus kahwin online negeri-negeri lain (selain negeri Sabah/Kedah/Terengganu sendiri) BELUM DITERIMA.
4.Ambil dan simpan nombor telefon penceramah modul “Prosedur Perkahwinan” supaya anda dapat hubungi sekiranya anda tersangkut dalam masa proses permohonan kelulusan nikah anda.
5.Siapkan dokumen-dokumen yang perlu seperti IC, IC wali, surat nikah atau surat cerai ibu bapa (pihak perempuan), sijil kematian wali – ayah atau datuk (pihak perempuan).
6.Dapatkan nasihat dan panduan dari PAID atau Jabatan Agama Islam sekiranya pihak perempuan perlu menggunakan wali hakim.
7.Inisiatif – dapatkan maklumat maklumat Imam Jurunikah kariah masjid anda dengan nombor telefon supaya anda dapat hubungi sekiranya anda tersangkut di tengah-tengah proses.
8.Buat booking ujian saringan HIV atau test HIV.
Nota penting – result test HIV valid selama 6 bulan.
3 Bulan Sebelum Tarikh Akad Nikah (Dalam Masa 90 Hari)
1.Daftar dalam sistem permohonan kelulusan nikah online Jabatan Agama Islam mengikut negeri permohonan anda dalam masa 90 hari dari tarikh akad nikah anda.
2. Kalau belum buat booking atau buat test HIV, anda masih ada masa nak melakukannya.
3. Bila borang dan semua dokumen dah lengkap – print dan bawa jumpa Imam Jurunikah kariah di kariah masjid anda untuk pengesahan borang dan dokumen (nota – anda boleh contact buat temujanji terlebih dahulu kalau anda ada simpan nombor telefon Imam Jurunikah kariah di kariah masjid anda yang anda dapat sewaktu 3-4 bulan terdahulu).
4.Sewaktu jumpa Imam Jurunikah kariah anda – bawa 2 saksi (lelaki sahaja). Kalau pihak perempuan, bawa 2 saksi dan wali (nota – untuk permohonan di Wilayah Persekutuan, tak perlu saksi).
Nota penting – pada waktu PKP/PKPB/PKPP ini, mohon bertanya dulu dengan Imam Jurunikah kariah kalau-kalau ada kelonggaran tak bawa saksi)
5.Bila borang dan dokumen sudah disahkan, bawa borang dan dokumen ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau Pejabat Agama Islam untuk dapatkan surat kelulusan nikah.
6.Jika permohonan dibuat berlainan kariah atau daerah atau negeri – setelah dapat surat kebenaran nikah, pihak lelaki perlu passkan terlebih dahulu surat kebenaran nikah kepada pihak perempuan supaya pihak perempuan pula boleh membuat permohonan kebenaran nikah.
7.Manakala bagi pihak perempuan – bila sudah dapat surat kelulusan, anda boleh hubungi Imam Jurunikah kariah di kariah anda (tempat akad nikah) untuk book tarikh dan masa majlis akad nikah anda.
Secara Ringkasnya
Proses prosedur perkahwinan atau memohon kebenaran nikah anda dan pasangan Insya-Allah tidaklah serumit yang anda pernah dengar.
Ianya boleh diselesaikan sekiranya anda membuat persediaan awal dan follow timeline proses permohonan.
Selain itu, paling penting sekiranya anda simpan “nombor handphone” penceramah Prosedur Perkahwinan.
Perkara ini kami amalkan dalam kursus kahwin di Danau Kota (www.kursuskahwin.net) atau di Batu Caves (www.kursuskahwinmanjalara.com) sejak dulu lagi.
Mohon izin dari beliau supaya anda dapat hubungi atau Whatsapp beliau sekiranya selepas kursus kahwin nanti kalau-kalau anda tersangkut atau stuck sewaktu anda melaksanakan proses permohonan.
Sekurang-kurangnya anda ada “talian hayat” yang boleh membantu anda dan pasangan pada waktu kritikal.
Semoga Allah permudahkan segala usaha dan urusan anda dan pasangan.
Aminnnnnnnnnnnnn
Join perbincangan atau sharing “info kursus kahwin dan proses memohon kebenaran nikah” dalam WhatsApp Group, www.kursuskahwin.net/whatsappgroup
Kursus kahwin semudah duduk dan dengar sahaja, sijil tak expired – dan masih belum ada ujian di kursus kahwin Danau Kota (www.kursuskahwin.net) dan di kursus kahwin Batu Caves (www.kursuskahwinmanjalara.com)
Leave a Reply