Untuk membuat permohonan kebenaran nikah, alamat mana yang anda akan gunakan dalam permohonan anda akan menentukan sistem atau borang nikah mana yang anda akan gunakan.
Dalam permohonan pernikahan, anda boleh gunakan:
1. Alamat tempat anda menetap atau tinggal sekarang.
Atau pun,
2. Alamat seperti yang ada dalam kad pengenalan anda
Setelah anda pastikan, barulah anda boleh memilih sistem online yang betul.
Kalau anda belum tahu, setiap negeri menggunakan sistem permohonan online yang berbeza.
Bagaimana pun, hanya ada 8 negeri sahaja yang menggunakan sistem online atau borang nikah yang sama.
Sistem permohonan online atau borang nikah ini adalah:
1.SPPIM, http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
Sebelum 1 April 2021, sistem permohonan online SPPIM untuk mengisi borang nikah hanya digunakan oleh PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) dari 6 buah negeri sahaja.
Ianya adalah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.
Bagaimana pun, bermula 1 April 2021, Johor turut menggunakan sistem SPPIM untuk permohonan kebenaran nikah.
Selepas itu – bermula 1 Julai 2021 – penggunaan SPPIM diikuti oleh Selangor.
Manakala negeri yang paling baru menggunakan SPPIM – bermula hujung tahun 2022 – adalah Terengganu.
Di bawah ini adalah makluman yang telah dikeluarkan oleh JAIS (Selangor) tentang penggunaan sistem SPPIM untuk sebarang permohonan kebenaran kahwin bermula 1 Julai 2021.
Dengan ini, bermula 1 Julai 2021, pemohon di Selangor akan menggunakan SPPIM untuk permohonan kebenaran nikah.
2. Pulau Pinang menggunakan http://emunakahat.penang.gov.my/v2/
3. Kelantan menggunakan sistem permohonan kebenaran kahwin atau borang nikah melalui http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinan_prosedur.php
4. Pahang pula melalui https://emunakahat.pahang.gov.my/ atau melalui PAID (manual).
5. Sarawak menggunakan http://e-munakahat.sarawak.gov.my atau https://kiswa.sarawak.gov.my/kiswa/main/portal/services/?menu_id=2&service_id=1
6. Sabah melalui PAID (manual).
Walau pun PAID Sabah masih menggunakan sistem manual, pemohon atau bakal pengantin di Sabah boleh rujuk proses dan prosedur perkahwinan Sabah melalui laman web ini, https://jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmatan/orang-awam/perkahwinan
Setelah mengisi borang nikah ini dengan lengkap, print, dapatkan pengesahan borang serta dokumen sokongan dari Imam Jurunikah kariah di kariah masjid anda.
Setelah itu, barulah anda boleh hantar borang nikah serta dokumen sokongan anda ke PAID atau JAIN supaya anda dapat surat kebenaran nikah.
Insya-Allah mudah.
Join perbincangan atau sharing “proses memohon kebenaran nikah” dalam WhatsApp Group, www.kursuskahwin.net/whatsappgroup
Kursus kahwin semudah duduk dan dengar sahaja, sijil tak expired – dan masih belum ada ujian di kursus kahwin Danau Kota (www.kursuskahwin.net) dan di kursus kahwin Batu Caves (www.kursuskahwinmanjalara.com)
Leave a Reply Cancel reply