Pening-pening nak test HIV kahwin tetapi anda tak berapa jelas atau tahu tahu bagaimana nak buat booking test HIV?
Kalau lambat buat ujian saringan HIv ni, maka lambatlah anda dapat hantar borang serta dokumen sokongan untuk permohonan kebenaran nikah anda.
Oleh itu, sebagai persiapan awal, anda dan pasangan – sebagai bakal pengantin – perlu tahu beberapa perkara penting tentang test HIV atau ujian HIV ini.
Kalau anda belum tahu:
1.Result ujian saringan HIV untuk nikah “hanya valid” dari KKM (Klinik Kesihatan Malaysia) sahaja.
2. Result test hiv valid berapa lama? Ianya valid selama 6 bulan.
3. Setiap klinik KKM mungkin ada sedikit perbezaan proses, peraturan, masa, tarikh serta dokumen (borang).
4. Ada klinik KKM yang anda boleh walk in, ada yang kena buat appointment dulu, ada yang kena bawa borang test HIV dan ada juga yang borang sudah disediakan.
5. Setiap klinik KKM mungkin ada perubahan proses atau peraturan dari masa ke semasa pada waktu kini iaitu pada waktu PKP/PKPB/PKPPP sekarang ini.peningkatan kes Covid-19.
6. Jalan terbaik bagi bakal pengantin yang ingin membuat ujian saringan hiv pra perkahwinan adalah dengan membuat pertanyaan terlebih dahulu dengan hubungi atau pun singgah dulu di klinik KKM yang nak dihadiri. Mohon rujuk senarai atau direktori klinik KKM seluruh Malaysia yang saya telah sediakan dalam post ini (rujuk no. 11).
7. Anda boleh membuat booking ujian hiv perkahwinan dengan menggunakan apps atau laman web www.Bookdoc.com (seperti gambar di atas).
Buat masa ini, melalau apps ini, booking boleh dibuat untuk bakal pengantin di negeri:
a. W.Persekutuan
b. Perlis
c. Perak
d. Penang
e. Melaka
f. Kelantan
g. Sarawak
8. Anda juga boleh membuat booking ujian saringan hiv untuk nikah melalui Apps QueueMed atau laman web https://qmed.asia.
Buat masa ini, booking melalui apps ini boleh dibuat untuk bakal pengantin di negeri:
a. W.Persekutuan
b. Selangor
c. Johor
d. Sabah
e. N.Sembilan
f. Kelantan
g. Terengganu
h. Kedah
9. Atau test HIV kahwin melalui apps Encoremed atau laman web https://kkm.encoremed.io.
Buat masa ini, ianya untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.
a. Klinik KKM Batu Muda
b. Klinik KKM Jinjang
c. Klinik KKM Petaling Bahagia
d. Klinik KKM Sentul
e. Klinik KKM Tanglin
10. Atau pun melalui Apps MySejahtera pada handphone.
Dalam apps MySejahtera, terdapat link ke apps atau ke laman web:
a. QueueMed
b. Encoremed
c. BookDoc
d. Sistem Janji Temu Klinik KKM
Untuk booking, anda cuma perlu:
a. Buka apps MySejahtera
b. Klik button “more”.
c. Klik “Digital Healthcare”
d. Klik “Clinic Appointment Booking”
e. Pilih sama ada nak gunakan QueueMed atau Encoremed atau BookDoc atau Sistem Janji Temu Klinik KKM
11. Senarai atau direktori klinik KKM seluruh Malaysia dan contact no. melalui laman web MOH, https://moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/1?mid=100
12. Anda boleh buat ujian HIV ini berseorangan atau asing-asing dari pasangan anda.
Ringkasan test HIV kahwin
Booking test HIV kahwin ini tidaklah serumit yang anda sangkakan.
Apa yang penting, pada waktu PKP/PKPB/PKPPP ini, ambil langkah bijak dengan membuat booking lebih awal.
Ini disebabkan kita semua tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada pihak KKM pada masa akan datang dengan peningkatan kes penularan Covid-19 pada masa ini.
Dikhuatiri, pihak klinik KKM akan mengubah proses, peraturan atau tempoh booking test HIV yang akan jadi lebih lama.
Oleh itu, ambil langkah bijak dengan buat booking lebih awal.
Semoga urusan memohon kebenaran nikah anda dipermudahkan Allah.
Join perbincangan atau sharing “info kursus kahwin dan proses memohon kebenaran nikah” dalam WhatsApp Group, www.kursuskahwin.net/whatsappgroup
Kursus kahwin semudah duduk dan dengar sahaja, sijil tak expired – dan masih belum ada ujian di kursus kahwin Danau Kota (www.kursuskahwin.net) atau di kursus kahwin Batu Caves (www.kursuskahwinmanjalara.com)
Leave a Reply