Susah Ke Proses Nak Memohon Kebenaran Nikah?
Memohon kebenaran nikah atau kebenaran kahwin sebenarnya bukanlah satu perkara yang rumit.
Bagaimana pun, disebabkan perkara ini tidak diambil berat oleh ramai pasangan atau bakal pengantin, ramai dari mereka kelam-kabut, stress atau tertekan.
Apa yang berlaku adalah ramai yang membuat persediaan membuat permohonan secara last minit kerana lebih sibuk membuat persiapan perkahwinan yang lain terlebih dahulu berbanding dengan memastikan mereka mendapat kebenaran nikah.
Paling kelam-kabut, stress atau tertekan adalah apabila pada saat-saat akhir rupanya-rupanya ada dokumen-dokumen sokongan yang sukar diperolehi atau hilang seperti dokumen wali, surat nikah ibu bapa, sijil kematian wali, wali tidak dapat dikesan atau perlu ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan wali hakim.
Oleh itu, untuk mengelakkan anda turut berada dalam situasi yang sama, mohon anda fahami dan laksanakan perkara-perkara penting seperti di bawah.
11 Perkara Penting Dalam Membuat Permohonan Kebenaran Nikah
1.Anda boleh mula sediakan dokumen-dokumen penting untuk permohonan anda dalam masa 3-4 bulan dari tarikh akad nikah yang anda rancang atau tetapkan.
Selesaikan dulu perkara-perkara yang akan memakan banyak masa seperti:
a. Kursus kahwin.
Dapatkan terlebih dahulu sijil kursus kahwin dengan daftar dan sertai kursus kahwin.
Kursus kahwin ini boleh jadi secara bersemuka atau kursus kahwin online.
Pastikan sijil kursus kahwin tiada tarikh luput.
Salah satu laman web pendaftaran khidmat kursus pra perkahwinan dengan sijil yang tidak expired adalah di www.kursuskahwin.net.
b. Result atau keputusan test HIV.
Result test HIV valid selama 6 bulan.
Manakala test HIV hanya boleh dilakukan di Klinik KKM sahaja.
c. Wali dan dapatkan dokumen penting wali.
Pastikan dengan tepat siapa wali anda.
Dapatkan salinan IC wali, surat nikah ibu bapa atau sijil kematian wali sekiranya wali telah meninggal dunia.
Dalam kes anak tidak sah taraf, wali enggan atau wali masih hidup tetapi hilang tidak dapat dikesan, anda perlu ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) untuk membuat permohonan wali hakim.
Selepas itu, kes anda akan dirujuk ke Mahkamah Syariah.
Hakim Mahkamah Syariah akan menentukan status dan kelulusan wali hakim anda.
3. Dalam masa 90 hari dari tarikh cadangan akad nikah, daftar dan isi sistem permohonan online Jabatan Agama Islam Negeri.
Sistem permohonan online ini berbeza mengikut negeri.
Dalam sistem pemohonan online sudah ada senarai dokumen sokongan yang diperlukan.
Termasuk juga borang-borang seperti borang permohonan nikah, borang pemastautin, borang tandatangan wali, borang wakalah wali serta lain-lain yang perlu.
Pastikan anda daftar dan isi borang dalam sistem permohonan online yang betul.
4. Setelah anda isi semua maklumat yang perlu dalam borang permohonan online, anda print dan kepilkan bersama semua dokumen sokongan.
5. Pastikan anda sediakan semua dokumen sokongan yang perlu seperti yang ada dalam senarai dalam sistem permohonan online.
6. Bawa borang serta dokumen sokongan dan berjumpa Imam Jurunikah kariah di kariah masjid anda untuk buat pengesahan borang serta dokumen sokongan.
Imam Jurunikah kariah ini juga dipanggil Penolong Pendaftar Nikah (PPN) atau Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP).
Maklumat Imam Jurunikah ini anda boleh dapatkan di PAID atau di pejabat Masjid kariah anda.
7. Bagi negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan (KL, Labuan dan Putrajaya), anda perlu bawa 2 saksi sewaktu berjumpa Imam Jurunikah kariah di kariah masjid anda untuk membuat pengesahan.
Bagi pemohon perempuan anda juga mesti hadir bersama wali anda.
Nota penting:
Dalam hal saksi ini – bukan saksi akad nikah – ianya bergantung kepada budi bicara Imam Jurunikah kariah.
Ada Imam Jurunikah kariah yang memberi kelonggaran tak perlu bawa saksi disebabkan oleh situasi PKP/PKPB/PKPP pada masa ini.
Mohon anda bertanya dulu sebelum anda hadir nanti.
8. Sekiranya anda dan pasangan berlainan daerah atau negeri, pemohon perempuan perlu tunggu pemohon lelaki dapat surat kebenaran nikah terlebih dahulu.
Setelah dapat surat kebenaran pemohon lelaki, barulah pemohon perempuan dapat berjumpa Imam Jurunikah kariah di kariah masjidnya untuk membuat pengesahan borang serta dokumen sokongan.
9. Setelah pengesahan borang serta dokumen sokongan telah dilakukan oleh Imam Jurunikah kariah, barulah anda dan pasangan boleh menghantar borang serta dokumen sokongan yang telah disahkan ke PAID atau JAIN.
10. Setelah kelulusan diberikan oleh PAID atau JAIN lulus, anda akan diberi surat kebenaran nikah.
11. Dengan ini, anda sudah boleh book Imam Jurunikah kariah di tempat anda hendak melangsungkan majlis akad nikah.
Nota penting:
1. Setiap negeri mempunyai sedikit perbezaan proses dan prosedur permohonan kebenaran nikah.
2. Untuk test HIV, setiap klinik KKM juga mempunyai sedikit perbezaan proses atau peraturan dari segi tarikh, masa serta dokumen yang diperlukan.
Mohon anda hubungi dan check terlebih dahulu dengan klinik KKM sebelum anda ke sana untuk buat test HIV.
3. Anda juga boleh membuat booking test HIV kahwin secara online melalui apps atau laman web seperti yang dinyatakan dalam artikel test HIV kahwin ini, 12 Tips Test HIV Kahwin, Apps Dan Laman Web Booking Yang Bakal Pengantin Perlu Tahu.
Secara ringkasnya, proses permohonan kebenaran nikah ini bukanlah untuk menyusahkan pemohon atau bakal pengantin.
Tetapi ianya sangat penting untuk memastikan pernikahan atau perkahwin ini dilangsungkan mengikut syarak dan rukun yang telah ditetapkan dalam menjaga keturunan umat Islam.
Malah proses ini – terutama yang melibatkan permohonan kebenaran nikah antara negeri – boleh mencegah sebarang percubaan penipuan.
Sekiranya anda menghadapi masalah atau tersangkut sewaktu melaksanakan proses memohon kebenaran berkahwin ini, anda boleh rujuk kepada mereka yang pakar seperti penceramah kursus kahwin yang bertauliah, Imam Jurunikah kariah serta pegawai di PAID atau JAIN.
Dengan melakukan proses permohonan awal-awal, anda masih ada masa untuk membetulkannya sekiranya ada kesilapan yang berlaku.
Insya-Allah.
Gambar pelamin – ihsan dari Butik Pengantin Nabil Barakbah, Alor Setar (Adam Rifqie, 013 5122925)
Join perbincangan atau sharing “proses memohon kebenaran nikah” dalam Telegram Group, www.kursuskahwin.net/whatsappgroup
Kursus kahwin semudah duduk dan dengar sahaja, sijil tak expired – dan masih belum ada ujian di kursus kahwin Danau Kota (www.kursuskahwin.net) dan di kursus kahwin Batu Caves (www.kursuskahwinmanjalara.com)
Leave a Reply Cancel reply